Monday, July 30, 2012

ANAK ITU RAHMAT

SELAMAT MEYAMBUT BULAN PUASA!

Tahun ni, belum bekesempatan terawikh di masjid. Tp lebih baik dari tahun lepas yang terlantar di pembaringan dan ber wek-wek. hah ini, anak kesayangan yang tahun lepas di bulan puasa berusia 4 bulan dalam dalam kandungan!


Orang kate, banyak ikut muke aku. dan ini membuatkan hati kembang kuncup kerana kelihatannya dia amat comel. Tapi atas kesedaran yang jitu hasil penggunaan cermin selama lebih 28 tahun, aku sedar dia punya wajah tersendiri..dan aku bukanlah comel sepertinya.

Semoga menjadi anak yang soleh dan peka dengan kehidupan di dunia. Sungguh aku berharap dia akan punya kehidupan yang lebih baik, emosi yang lebih stabil, pemikiran yang lebih matang, kesihatan yang lebih kukuh, ketabahan yang lebih tinggi dan senyuman yang lebih manis disertai dengan keikhlasan yang lahir dari hati,

Baik, sempena ramadhan aku punya azam baru, ingin menjadi redha, sabar, tabah, sihat, dan yang paling penting ikhlas! Walaupun ikhlas itu hanya Tuhan yang dapat menilainya..tapi kalau boleh sangat mahu merasainya setiap masa. perit sangat rasa hidup bile hati mula berkata2 dan ikhlas tu terasa amat jauhhhhhh untuk dicapai. Jadi, semoga ramadhan ini aku berjaya mendidik jiwa, kalau tak 100% pun 10 % sudah lebih dari memadai.


: :  sepanjang ramadhan, aku ade 4 pembentangan umum di sekolah. dam kelak 6 oktober adalah pembentangan besar antara ya atau tidak kepada kehidupan bermahasiswa. Ayuh! pantang menyerah sebelum kalah! huhu walaupun sebenarnya otak hampir menemui jalan buntu, dan jiwa terasa sangat ingin lari dari dunia nyataaa. tapi, 'izzah adalah kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi charger yang memberikan aku semangat untuk terus bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun. 10Q Allah. Anda bagaimana? aku pasti anda2 semua punya hati dan kekuatan yang lebih hebat insyaAllah.


Wednesday, May 23, 2012

DAN MUNGKIN BILA NANTI

wah wah, br sebulan lebih tak bukak blog dah berwajah baru blogger skrg, smp terkial2 pulak nak gune. owh, terasa dah semakin tuer, lombap bona nak adapt perkara baru..


cik 'izzah dah semakin dewasa bererti ummi dah meningkat usia



hah, mari aku kongsi sedikit pengalaman dan nasihat berguna:

satu masa dahulu ketika bergelar  student kehidupan rase macam dah sangat sibuk tp masih ade mase nak layan movie dengan rumet  kat komputer sehari suntuk di hujung minggu, 

Bila dah mule kerja rase lagi sibuk tp masih ade mase merayau2 tengah malam dengan hosmet, makan2 angin di cuti sekolah dan berkejar2 ke kelas master di hujung minggu. 

Masuk alam awai perkahwinan sibuk juge, tapi malam lepas kerje ade mase pegi dating2 window shopping. Hujung2 minggu cube jaye masakan2 baru.

Bile dah mule megandung semakin sibuk tapi  masih punya malam yang panjang untuk berehat, larat lagi bawak perut yang boyot ke bilik lecturer sekali sekale.

Sekarang ber- anak 1 barulah sangat sibuk, bermata panda, di 'warning2' tak muncul2 hantar report thesis, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tapi masih ade ruang tulis blog sebulan sekali macam harini wohooo. 

Kelak macam mane? 


hahah kesimpulannye, janganla biasekan diri kate "TUNGGULAH NNT BILE DAH LAPANG". hargai masa seadanya!


**harini aku disambut pengetua di pintu pagar jam 7.28 pagi. terasa disayangi! agak bernas idea kementerian wujudkan slogan guru penyayang ( huh)

Saturday, April 14, 2012

ELLA!

Berbaringan di sebelah bayi comel yang asyek meragam nak tido. Terase sebak mendengar tangisannye, padahal itu cuma cara die berkomunikasi.

Sungguh tak perlu tipu aku boleh jadi normal seperti dulu. Tapi, selagi mampu akan digalas juge. Dalam hati berdoa agar Izzah menjadi anak yang sihat, prihatin, 'alert' dan berdikari.

Aku sangat berhati2 dan cerewet bila hal berkaitan anak. Terutama anak perempuan. Kadang2 mungkin kelihatan seperti terlalu protective. Tapi postur badan anak sangat penting.

Pengalaman mengajar bahawa wanita perlu sangat kuat, sangat sabar, sangat tabah, sangat all rounded. Ranjau kehidupan seorang wanita di akhir zaman ni mmg mencabar.

Mengejar syurga itu memang sukar. Entah akan berjaya menjejakkan kaki atau tidak huhu walaupun kelihatan mustahil untuk ciri2 seperti aku, tetap aku menyimpan harapan untuk ke situ.




** JAGALAH DIRI, JAGALAH DIRI SELALU (kate Ella)..silelah jage diri dan kesihatan wahai wanita2. Anda perlu sihat jika ingin keluarga bahagia.

Tuesday, April 3, 2012

MINYAK GAMAT PAK AJI


hari ini aku rajin membace. jadi sudah membace artikel ini tentang kanser payu dara. yang paling menarik perhatian ialah butiran tentang bahan kimia yang paling dalam sel badan penghidap kanser payu dara. nama nya bla bla bla PARABEN.


Baik, malas cerita pantang dan secara tak langsung menyahut seruan 'MARI MEMBACA' jemputlah anda membace artikel ini --> click sini!





bahan yang terkandung dalam 'benda wangi untuk izzah' ni sangat banyaklah si PARABEN. Aku ade 2 botol besar yang belum gune yang harganye mencecah RM40! ok, same nak angkat tangannnn.

Tanye opah izzah dulu2, kami ni dilumur dgn ape? katenye 'minyak gamat pak aji'! owh, tp baunye mmg tak enak bau bayi. so how beybeh?


** kenapelah manusia ni rajen sangat mencipta bende2 yang memusnahkan spesis sendiri.