Thursday, October 27, 2011

APA CERITA?


owh! teringin sangat nak menulis blog. Tapi tiadalah apa mahu dikongsikan secara maya. Ape lunch anda harini? makanan tengah hari saye ialah 4 ekor kerang rebus! lazat dan manis. direbus hidup2 tadi huhu ini bukan kejam tp usaha untuk mendapatkan makanan segar..



kerang ialah sumber zat besi yang baik, tetapi juge mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Jadi, berpada2lah dalam memilih sajian untuk mengenyangkan perut. Aku skrg mcm hidup untuk makan, bukan lagi makan untuk hidup. Dan hasilnya perut sebu, penat, mengantuk,berat badan berlebihan dan lebih tak best : muntah2! akibat ruangan perut yang kecil disumbat2 tanpa perlu. Jadi, ibu2 mengandung insaflah kita, kelak menyesal di kemudian hari.


Hari Raya Aidiladha tinggal 11 hari lagi, adakah anda akan melakukan ibadat korban tahun ini?

Mari kita sama2 melawan rasa takot miskin untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk berkorban! selamat maju jaya. semoga keikhlasan terbit di hati dan ibadat korban kita pada tahun ini dinilai tinggi di sisi Tuhan.


Tuesday, October 11, 2011

BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA

I LOVE BIOLOGY!
(maaf, illustrasi ini tiada kaitan dengan tajuk)



" ADAKAH ANDA PUNYA PENYELESAIAN LAIN SELAIN BERSABAR?"

entah bile dan entah dari mane aku bace ayat ni. Yang pastinye, sejak hari itu ia tersemat di kalbu! Chewahh, baru balik post-mortem trials SPM lah katekan.. cikgu jujur dan amanah macam i, stail bentang tiada 'cover'2 ayat. Katakan yang benar walaupun pahit.


Kepada ibu bapa, dan bakal2 ibu bapa. Walaupun belum bergelar ibu, tapi pasti dan wajiblah tahu betapa sukarnye nak mendidik anak2 dan memastikan anak2 mempunyai kesedaran kendiri. Kejayaan yang walhal kelak untuk diri sendiri, tapi kite pulak yang seakan2 merayu agar mereka berfikir tentang masa depan.

Hah! percaye atau tak, kalau anak itu tahu nilai agama, automatis die akan tau nilai keduniaan juge. Kalau asas didikan dari rumah agak goyah, masakan mampu cikgu kat sekolah nak didik bagi berubah. Ye tak?


Jadi, marilah kite bersame2 kite bergembleng tenaga agar Malaysia kelak terus bergelar negara merdeka. Dengan keadaan negara sekarang, cuba bayangkan Malaysia 20 tahun akan datang? Kemajuan atau kemerosotan yang anda bayangkan?

Owhhh, i bukan berdoa.

Tapi percayalah pelajar yang 20 tahun dulu cuma pangkat 1 SPM dengan agregat 22, mungkin sebenarnya lebih berkualiti dari pelajar yang straight A+ sekarang.

Betul tak cikgu2?

:: Persoalannya cuma ::

"adakah anda mahu mengakui kebenaran dan memperbaiki keadaan atau menyembunyikan kelemahan dan terus dibelenggu kemegahan?"



kurangkan isu politik, dan lihatlah keperluan sistem pendidikan secara telus.anda akan dapati ketelusan dokumentasi yang terbentang di hadapan anda hanyalah ilusi semata2.



BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA