Friday, April 29, 2011

lam wau ya alip

Antara susu lembu dan susu kambing? mana lebih berkhasiat? bagaimana pula dengan susu soya? (baunya lebih enak) huhu

* entry sempena topik susu lembu di berita tb3. seloya2 aku, loya lagi bila tgk berita. tah hape2 cerita.

Wednesday, April 20, 2011

ENTRY BUKAN UTK DIKONGSI


Baik,

sila ajar saya bagaimana untuk bersikap hipokrit? Tahap kesabaran saya nipis. Dengan kuasa Tuhan alhamdulillah, ada banyak peristiwa yang dilimpahNYA saya dengan sikap sabar yang muncul secara tiba2.

Tetapi apabila saya menjd diri saya semula, tatkala kesabaran di tahap yang maksimum..akan muncul satu sikap keji

"I DUN CARE ANYMORE".

Dan apabila perkara itu berlaku, saya mula merasakan bahu kiri semakin berat. Yaaa..rasa berdosa itu membuatkan saya sungguh stress... seolah2 berada di tengah2 lautan dalam yang tak nampak tepian..tambahan saya langsung tidak tahu berenang!



SEMOGA TUHAN MEMAAFKAN SAYA DAN MEMANCARKAN CAHAYA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR.


Monday, April 18, 2011

KIAMAT SUDAH DEKAT!

Salam sejahtera!
Yaaa... Apa khabar dunia blogger sepanjang peninggalan ku? pastinya tiada kesan yang ketara. Populasi manusia sedunia tidak akan terjejas dengan hanya kerana seorang manusia.

"Pejam celik, dah 5 bulan aku kawen, tapi takde sapepun nak sponser percutian mewah sempena bulan madu romantis. Cisss mane pegi kawan2 sejati sejiwa??" [beb, gua harap lu baca ni dengan hati tersentuh! nnt anak lu lahir tak payah ssh2 nak carik calon menantu, gua didik kasik terbaik! tak payah jauh2 seberang laut ke Indonesia pun xpe dah! ]

ahaq, bulan madu takde ertinya kalau otak sentiase berfikir tentang kerja. Cuti sekolah sebulan pun tiada maknanya, jika tangan bergerak tanda kertas soalan dengan tulisan bakal doktor2 pakar, akal pulak sentiasa bergerak fikir macam mana nak habiskan sukatan pelajaran, mana nak buat ulangkaji, mana nak jadi kerani tiga per empat masa. Mana nak korek punca masalah disiplin pelajar makin berleluasa. Aku syak semua ni punca banyak makan makanan segera. Terlebih tenaga sampai tak boleh duduk diam. Cuba jual makanan organik lebih murah dari KFC. hah kan ke lebih berjiwa rakyat?

Dunia..dunia..dunia..

Di manapun anda berpijak, pasti anda masih berada di dunia dan menghirup Oxygen yang sama. Atau ada penemuan baru manusia boleh hidup dengan menghirup karbon monoksida? Yang pasti aku takmau jadi bahan experimen. Sudah cukup bersyukur dengan kurniaan hirupan nafas percuma. kalau Tuhan kenakan bayaran kan payah?


seronok sebenarnya jadi guru. Hidup penuh warna-warni wp risikonya tinggi. it's a silent killer job



***ramainya kawan2 yang mengalami depression dan anxiety disorder. saya sangat memahami keadaan anda, ubatnya hanya satu "ingat Tuhan, ingat Tuhan, ingat Tuhan"***


SEKIAN


Monday, April 4, 2011

CERITA TENTANG BUDAK SEKOLAH


Jam sekarang pukul 8, nnt sebelum jam 11 perlu sampai di HUKM. Semak duduk di banda raya ni, semua hal nak cepat..nanti jemla, nnt orang ramaila..appoiment pun bukan boleh pakai sangat.

**********************************
Dulu zaman remaja, zaman jadi budak belajar, selalu juga dengar perkataan2 remaja yang keluar dari mulut kawan2. Memang syiok kalau join. kalau marah, mmg boleh tunjukkan betul2 marah, kalau sedih kalau gembira semualah. InsyaAllah semua sekarang dan insaf, nampak lebih dewasa dan lebih considerable.. yelah, hidup bermasyarakat, perlu harmoni dalam berkomunikasi. lipat cantik2 semua memori perkataan dan maki hamun, simpan ketat2 dalam kotak rahsia, semoga tak dikeluarkan sehingga akhir hayat.

Dan2 bila dah dewasa nak ke tua, Tuhan bagi satu kerjaya yang sangat berkomunikasi dengan manusia terutama budak2 belajar. Wallaweh, perkataan budak2 sekarang lagi hebat. Sampai bila dengar rasa nak melempang. tangan gigil2, tahan sabar. nak2 kalau dengar budak bergaduh, kalau ada pihak yang tak menjawab dan bersabar tu, kira paling hebat sedunia dan perlu diberi watikah pelajar rasional tahap tinggi. dalam anugerah cemerlang akhir tahun. Macam2 dunia sekarang ni.

Mak selalu pesan:
" kita ni keluarga panas baran, jangan dekat2 dengan punca api kalau taknak meletup tak tentu pasal. Kalau meletup bukan selesai masalah bakar orang, tapi akan bakar diri sendiri juga. Banyak2 berzikir dan beristiqfar..kalau tak nnt dosa tak tertanggung".

2 orang penting yang perlu ditaati dan akan membawa kita ke syurga dengan izinNya [ suami dan ibu]

Tapi tuhla, kadang2 lupa dengan pesan mak, lupa juga dengan pesan suami. Pegi juga join aktiviti2 menguji diri yang tak perlu.

Dunia sekeliling sangat mencabar. Paling mencabar bila nak bersabar. bersabar di sini = menahan diri daripada sesuatu yang kita nak sangat buat., wp dah tau bende tu tak bagus. Fikir2 balik, setakat senjata guna perkataan, memang tak berbaloi, lagi kasar perkataan kita guna, lagi rendah martabat kita. Bukan dari pandangan orang, tapi dari pandangan diri sendiri kelak bila hati dah kembali tenang... Rasa macam:
" kenapala...aku buat macam tu, kalau diam dan sabar td kan lebih baik"

**************************************

Kalaula budak2 sekolah boleh baca dan faham apa yang cikgu cuba tulis ni,

"kita bukan nampak macho dan kedengaran hebat dengan maki hamun tu. Tapi martabat kita akan makin rendah, dan besar kemungkinan kita rasa selesa dan betul dengan tindakan, tambahan bila rasa tersokong sebab takde yang menegur.
(tapi kalau ditegur pun, bukan senang nak terima).

InsyaAllah bila meningkat dewasa, semua akan berubah jadi lebih rasional dalam tindakan. Kalau tak berubah2 juga, mungkin perlu perubahan persekitaran yang lebih membantu.

OWARIMASUU

Friday, April 1, 2011

SUSAH RUPANYA NAK BERSABAR DENGAN MAKI HAMUN


seronok juge rupenye kerje delete mendelete ni. tinggal 1 entry yg kalau nak buat semula otak memang berkarat dengan idea2 imaginasi. sekarang kita dah masuk fasa hidup dalam realiti huhu SELAMAT TAHUN BARU