Monday, August 10, 2009

FUTURE HUSBAND 3012


TAJUK ADALAH ATAS SARANAN PEMILIK GAMBAR.


3012 : usia aku mencecah 1028 dan usianya ialah 1021. Di dunia yang dipanggil swimtobur manusia boleh hidup sehingga 2000 tahun. Usia perkahwinan hanya 2 tahun sebelum tarikh kematian kerana semua rakyat sibuk menikmati zaman bujang dengan pelbagai aktiviti santai. antara aktiviti yang paling popular ialah meneropong gelagat manusia di bumi yang begitu menakjubkan. teropong ajaib berkuasa tinggi hanya dijual di pasar gelap dengan harga 500 tahun kehidupan. Maka apabila matahari berputar ke arah selatan, berpusu-pusu rakyat memakai rob serba hitam menuju ke pusat planet untuk mendapatkan koleksi teropong ajaib.


beberapa hari sebelum menyambut hari jadi ke-1028, frekuensi radio di bilik ku yang bertatahkan berlian dan beratapkan awan-awan yang dipetik dari atmosfera bumi berjaya menangkap siaran dari bumi. Siaran yang keudara kedengaran sungguh aneh! tetapi persoalan yang bermain di mindaku terjawab akhirnya. mengapa kulihat dari teropong ajaibku yang berusia hampir 1000 tahun itu, manusia di bumi sering mengeluarkan sejenis cecair jernih dari kelopak mata. dari generasi ke generasi, itu adalah aktiviti paling kerap kurakamkan. rupa-rupanya cinta memainkan peranan paling penting bagi mereka. ingin sekali aku rasai, APA ITU CINTA?

OK, mengarut. kepala aku pusing..macam ade operasi menggali harta karun di Medulla Oblongata.



baiklah, gambar di atas adalah milik salah seorang pelajar sewaktu aku praktikal di Taiping Jan-April 2007. sila nafikan semua skandal yang mungkin wujud. ada sesuatu yang aku belajar dari pelajar di atas. namanya ialah Khairul Helmi. dengan sedikit penghargaan yang kita pamerkan, seseorang boleh menggapai inspirasi dan memacu kejayaan terus ke hadapan! ya...SELAMAT MAJU JAYA UNTUK ANDA...


BERIKUT ADALAH RAKAMAN-RAKAMAN GAMBAR SEWAKTU PRAKTIKAL, SILA NIKMATI JIKA SUDI!

GADIS-GADIS MANIS 4M 2007


JEJAKA-JEJAKA MACHO 4M 2007


JEJAKA-JEJAKA DAN GADIS-GADIS MANGSA SPM 2008, YANG TELAH BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE MENARA GADING...TAHNIAH DARI BEKAS GURU (huahuahua)



WAJAH-WAJAH MULUS 1U 2007
(haishh apa khabar ya kamu sekarang?)



MAAF, VIDEO HANYA SEPARUH JALAN


OK, SEKIAN