Friday, December 30, 2011

WHY?

` entah korang faham ke tak, ape isi penting entry ni sebenarnye`

************

Tiba2 terfikir, kenapa aku mesti ada blog sedangkan aku takde twitter?? (haha perlukah persoalan sebegini di pagi Jumaat terakhir 2011?)

Ahah, tahun 2011 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Rasa macam baru semalam keluar dewan paper Biologi (last) SPM 2001. Dulu ialah si manis-17, sekarang umur dah hampir mencecah 30 tahun. Sudah tua.

Sudah bakal bertukar status. sudah bakal ada tanggungjawab dan amanah berat.

Daripada menuntut syurga di bawah tapak kaki ibu kepada syurga di bawah tapak kaki suami dan bakal kepada ' anak, sila tengok ada syurga di bawah kaki ibu' pulak.


Semalam tengok tentang Dhia episod akhir, kunun2 follow story, padahal cuma tgk 2 episod pertama dan 4 episod akhir haha tak payah risau, sgt arif dgn jalan cerita drama Melayu setakat tggl 10-20 episod masih boleh faham plot. Tapi ada
1 benda penting yang aku belajar dan ingin kongsi di sini dalam babak akhir bila Dhia cakap


"DHIA TAHU SIAPA YANG BETUL2 SAYANGKAN DIA SEKARANG"
(lebih kurang macam nila kot dialognye)


~

" bila anda nak pergi interview, dalam keadaan yang sangat tak bersedia, mesti anda rase takut kan?...bila anda dipanggil mengadap BOS, kerana anda buat salah, pasti anda rasa gelisah kan?"

after watching the drama yesterday. i suddenly hugged my husband and said "TAKOT!" kemudian terus bangun pergi solat maghrib.

"kenapa aku selalu takut mati? sebab aku tahu aku tak jaga Hablummin-Allah dengan sempurna"

titik noktah.

Tuesday, December 13, 2011

ENTRY BAHASA REMAJA-REMAJI


Shotttt, Takut dowh nak beranak. member2 yang mengandung ala2 sama time dah ade yg besalin dan ade yg bertande2 nak besalin. yang menunggu hari pun ramai. Aku ade lagi 8 minggu. Lame lagi kot... tapi cuaknye, mak aiiii... sakit kot!

Nak2 dapat doc tak senyum2 seres aje.. alamak aiii, bikin sakit lagi mencucuk2 gituu.. kalau korang, korang takut tak? aku sumpah takot! Tapi nak taknak kene lalui juga.

OK! rase nak muntah pulak jadi remaje. huduh gler pertuturan padahal ms zaman2 remaje dulu rase sgt coolest lah berbahasa SANTAI gituu..kununnye.

Baik! doakan ckgu aida selamat berbayi. wp lambat lagi. Semoga dia ingat ALLAH selalu..dan semoga kesakitan yang bakal dilalui menghapuskan dosa2nya yang tak terhitung. Dan semoga die tidak merungut dan mengeluh malah semakin tinggi bergantung harap pada Allah yang Maha mempermudahkan urusan kehidupannya selama ini. dan semoga dia dan bayinya selamat melihat dunia yang penuh pancaroba.

SEBENARBYE, AKU SERAM SB DOC TD TAK FRIENDLY
huhuh



Friday, December 2, 2011

IKAN GORENG

Jam sudah pukul 1.20 petang. Aku belum mandi tengah hari, maksudnye pagi2 subuh td dah mandi (huhu) sekejap lagi encik suami balik solat dgn muka penuh beriman. aku jua masih di posisi sama.


Ahhh terase amat keji kerana beremosi. Sedangkan ada lagi sebulan sebelum sesi persekolahan bermula. Kau orang mesti mmg sedia ada tahu, aku manusia yang fanatik Biologi... aiseyman, tapi tahun depan aku menyahut seruan kerajaan bercuti 3 bln utk mengasuh bayi. itu menjadikan aku tidak layak utk mengajar subjek2 penting dan kelas2 harapan.

Keji tak bila aku rase sedih sb tak mengaja Biologi bagi kelas2 yang biasa diajar? keji tak jgk, bile aku rs sungguh frust bila aja kelas2 belakang. Memang keji sb mana2 kelas pun pelajar juga... Tiba2 aku rasa hati aku tak berapa suci. Padahal sebelum ni, jangkaan dalam 70% niat ikhlas tu mungkin ada. Tapi bila kena ujian jiwa mcm ni, baru tahu rupanya banyak titik hitam..owh!


one of the greatest enjoyment being a teacher is when your students ask you questions. Questions that make u stunt and then start to think and think and think. so lively... and most of the time, GOD guide me to the answer, there i learned "NIAT YANG BAIK, AKAN DIBANTU".

So tahun hadapan, my challenge is how to trigger the student to ask questions. And u know what? that part is super difficult.

SEKIAN

Friday, November 4, 2011

AHH, TIBA2 AKU EMOSI

Really miss my time being in college 1997 - 2001! it's been 10 years since then.



kertas terakhir yang kami duduki ketika SPM 2001 adalah kertas 2 Biologi yang diajar oleh Mr. Tan Hock Ann. Sumber inspirasi awal yang mencambahkan minat terhadap subjek. Bukan kerana cara pengajaran atau kandungan silabus subjek yang menarik, tapi hanya kerana kesabaran dan baik sangkanya pada kami, membuatkan aku terharu. Sejak itu, Biologi menjadi satu2nya subjek Sains Tulen yang tidak ku benci dan terselit antara subjek2 sastera yang menjadi pojaan hatiku. yeahhhh


Sebenarnya, aku cuma nak kate, "aku rindu akan udara segar dan kabus yang menyelubungi atmosfera kolej tunku kurshiah tatkala hujan lebat sidang. suasana "silent hours", kemeriahan waktu riadah petang ketika musim hari sukan, situasi masa terhenti ketika doa makan dibacakan dari corong pembesar suara dewan makan, kesibukan ketika musim ED, panorama maghrib di surau, solat terawikh 2001, malam awal Muharram yang sering menerbitkan bau harum dan suasana sejuk dan segar dalam surau. i even miss the kekecohan musim histeria waktu kami pelajar tingkatan lima sedang sibuk dengan persediaan SPM. i miss every single thing being a TKC student.


and I THANKS ALLAH so much for choosen me to be once a student of TKC and i'll always proud to be one.



"Keep College Flag Flying High"



Thursday, October 27, 2011

APA CERITA?


owh! teringin sangat nak menulis blog. Tapi tiadalah apa mahu dikongsikan secara maya. Ape lunch anda harini? makanan tengah hari saye ialah 4 ekor kerang rebus! lazat dan manis. direbus hidup2 tadi huhu ini bukan kejam tp usaha untuk mendapatkan makanan segar..



kerang ialah sumber zat besi yang baik, tetapi juge mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Jadi, berpada2lah dalam memilih sajian untuk mengenyangkan perut. Aku skrg mcm hidup untuk makan, bukan lagi makan untuk hidup. Dan hasilnya perut sebu, penat, mengantuk,berat badan berlebihan dan lebih tak best : muntah2! akibat ruangan perut yang kecil disumbat2 tanpa perlu. Jadi, ibu2 mengandung insaflah kita, kelak menyesal di kemudian hari.


Hari Raya Aidiladha tinggal 11 hari lagi, adakah anda akan melakukan ibadat korban tahun ini?

Mari kita sama2 melawan rasa takot miskin untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk berkorban! selamat maju jaya. semoga keikhlasan terbit di hati dan ibadat korban kita pada tahun ini dinilai tinggi di sisi Tuhan.


Tuesday, October 11, 2011

BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA

I LOVE BIOLOGY!
(maaf, illustrasi ini tiada kaitan dengan tajuk)



" ADAKAH ANDA PUNYA PENYELESAIAN LAIN SELAIN BERSABAR?"

entah bile dan entah dari mane aku bace ayat ni. Yang pastinye, sejak hari itu ia tersemat di kalbu! Chewahh, baru balik post-mortem trials SPM lah katekan.. cikgu jujur dan amanah macam i, stail bentang tiada 'cover'2 ayat. Katakan yang benar walaupun pahit.


Kepada ibu bapa, dan bakal2 ibu bapa. Walaupun belum bergelar ibu, tapi pasti dan wajiblah tahu betapa sukarnye nak mendidik anak2 dan memastikan anak2 mempunyai kesedaran kendiri. Kejayaan yang walhal kelak untuk diri sendiri, tapi kite pulak yang seakan2 merayu agar mereka berfikir tentang masa depan.

Hah! percaye atau tak, kalau anak itu tahu nilai agama, automatis die akan tau nilai keduniaan juge. Kalau asas didikan dari rumah agak goyah, masakan mampu cikgu kat sekolah nak didik bagi berubah. Ye tak?


Jadi, marilah kite bersame2 kite bergembleng tenaga agar Malaysia kelak terus bergelar negara merdeka. Dengan keadaan negara sekarang, cuba bayangkan Malaysia 20 tahun akan datang? Kemajuan atau kemerosotan yang anda bayangkan?

Owhhh, i bukan berdoa.

Tapi percayalah pelajar yang 20 tahun dulu cuma pangkat 1 SPM dengan agregat 22, mungkin sebenarnya lebih berkualiti dari pelajar yang straight A+ sekarang.

Betul tak cikgu2?

:: Persoalannya cuma ::

"adakah anda mahu mengakui kebenaran dan memperbaiki keadaan atau menyembunyikan kelemahan dan terus dibelenggu kemegahan?"



kurangkan isu politik, dan lihatlah keperluan sistem pendidikan secara telus.anda akan dapati ketelusan dokumentasi yang terbentang di hadapan anda hanyalah ilusi semata2.



BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA


Wednesday, September 14, 2011

SELAMAT MALAM SAYANG

Adakah sering tak cukup nafas itu normal bg ibu buyung mencecah 5 bln? Atau mungkin sb jangkitan pada tekak yang membawa kepada penghasilan mukus berwarna dan rongga hidung menjadi hanya separa terbuka?

Hahahaha bukan boleh ade sikit ilmu. Mula riak buat hipotesis lagak pakar perubatan. Mungkin ini sebab kenapa sesetengah doktor jelik berhadapan dengan pesakit bergelar guru. Apapun SELAMAT MAJU jaya kepada pelajar2 mangsa SPM calon daerah GOMBAK yang bakal bertemu janji dengan kertas BIOLOGI minggu hadapan.

Silelah berlagak pakar supaya anda lebih menikmati detik2 peperiksaan. dan semoga menjadi mangsa yang terselamat!



SELAMAT MALAM!





Saturday, September 10, 2011

BILA PERUT SENTIASA BERANGIN

duduk sorang malam2 mcm ni, wp rumah katogeri tak besau, tp tah ape ajelah bunyi2 yang muncul menjadi halwa telinga tanpa diundang. Ciss mase ni pulak la angin dari luar nak berebut2 masuk. sedangkan pintu tertutup rapat, jadilah bunyi macam mengaum2 dari celah2 lubang udara.

Nah, layan ~





ssh dan sekse juge rupenye membawa parasit yg comel. doktor kate baby dlm kndngn adalh parasit yg diamanahkn. ok, aku sudah paham apa itu syorrga di bwh tapak kaki ibu!


adakah anda punya penyelesaian lain selain SABAR? mari jalani kehidupan ari ini, dan kurangkn kerisauan tentang hari esok, dan esok, dan esok dan esok nnt.



Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA


tomorrow will start working again, after 1 month long rest. At 8 pm today, i started to think and think and think about lesson for tomorrow.. jadi, sile jangan jadi cikgu kalau anda ingin malam yang bebas tanpa memikirkan hal kerjaan.

sangat boleh rasa kelainannya. Beberapa bulan yang lepas, saat otak mmg tak mampu memikul beban kerja, langsung sy buang tepi silibus2 dan hal2 sekolah. Tapi, bila Allah kurniakan semula kekuatan walaupun sedikit, otak sudah mula berfikir tentang kerja.

Dan satu masalah utama ialah, saya seorang guru Sains Tulen yang hanya berminat dengan Biologi semata-mata. segala aspek lain berkenaan fizik dan kimia begitu benak untuk difahami apatah lagi diajar. kalau Bio serumit mane sekalipun insyaAllah sanggup dipikul.

Silelah anak amek Bio ibu dan Maths serta Fizik ayah. amin....

imej pertama hasil carian di yahoo..Bio itu luas benar pendedahannya ya anak2..bukan tentang ini sahaja.



SEKIAN
SELAMAT HARI RAYA



Thursday, June 9, 2011

U THINK UR TOO GOOD?

im not a so good slave of Him, not a so good teacher,not a so good worker, not a so good student, not a so good wife, not a so good daughter, not a so good mother to be, i am not so good in everything i do...

there's so much burden to carry. responsibilities : in my personal calculation i think i can do excellently, but suddenly im tired.

Kata-kata manusia yang sedang berputus asa...

Duduk di sofa depan tb, pandang kanan atas meja makan yang dah jadi meja kerja...tu dia kertas soklan tak siap2, esok luse dah nak mule sekolah. pandang atas bawah nampak habuk2, kiri kanan dah macam rumah anak bujang jenis bukan lelaki metroseksual kemas rumah stail lorenzo. Penat tengok lebih penat dari nak mengemas. Sepi aku pandang sedozen buku rujukan nak buat thesis. Mungkir janji sudah patut jumpa dr sopia minggu ni. Maaf, tiba2 rasa lebih sayang nyawa dan kesihatan. hingus leleh2, badan panas2, tekak loya2, tapi perut lapar. Jadi, izinkan gua layan diri, sihat nnt insyaAllah gua layan kerja. BILA? JANGAN TANYA

Yaaa, pasti anda juga punya banyak tanggungjawab dan masalah yang perlu dipikul. Jadi apa ertinya rungutan seorang manusia bernama aida? seperti sebutir pasir di tepian pantai yang luas. hadir dan hilangnya langsung tidak menjejaskan ekosistem.

ok, layan ini. bagus utk jiwa



Monday, May 30, 2011

PAGI2 DAH BUKAK BLOG

Selamat Pagi Rakyat Malaysia
Cuti sekolah telah bermula!

Ya apa khabar semua?
Hari ini last aku bekerja sebelum mula bercuti.
Ahh dimaafkan kerana curik 1 hari saja cuti ckgu


musim cuti pertengahan tahun adalah saat bahagia pelajar2 sekolah. Masa untuk menonton kartun bagi anak2 sekolah rendah. Masa untuk bertusyen smbl berpeleseran selepas tusyen bg adik2 sekolah menengah. Ah Aiseyy bahagia anak2 murid aku, terlupa cikgu nak bagi kerja rumah. bukak sekolah nnt ckgu hidangkan markah2 bahagia kamu semua...jadi bergumbiralah sekarang! hah! juga nnt mula sesi persekolahan bersedialah untuk muntah dengan fakta Biologi. Exam dah tak lama lagi, silibus perlu ditelan segera.

curik gambar di sini --> http://abgjas.blogspot.com/2006/12/cuti-sekolah-datang-lagi.html

ckgu2
,

SELAMAT MENANDA KERTAS PERIKSA
SELAMAT MENANDA KERJA KURSUS
SELAMAT MEMASAK MAKAN PAGI

SELAMAT PULANG MENJENGAH AYAH BONDA
(jangan lupa bawak sekali kertas periksa, nnt malam ahad 11hb menangis tak berlagu)




** sebut cuti aje dah suke, biar banyak kerje pun. holiday is holiday kate PK HEM aku. mmg cool, pandai menaikkan mood orang bawahan. Inilah pemimpin yang kite carik! (hihi)


OK, TATA
CKGU NAK PERGI KERJA


OWARIMASUU


Thursday, May 26, 2011

MUNGKINKAH HINGGA HUJUNG USIA

"and teach me again how to be a thankful person"

cuaca dunia panas hujan yang tak menentu ni mungkinkah jd sebab aku sentiase rase lesu penat dan sakit pinggang menjadi2 2/3 minggu ni? Panas yang mengakibatkan kedahagaan melampau. bile minum pun melampau2, pundi kencing menampung byk air dan mula menekan disc mungkin. dan menyebabkan sakit juge.

smpkan hari2 akan ade orang tanye aku "tak sihat ekh?"

ah, rase sangat tak bersyukur pulak sb tak berjaya mempamerkan muka biase ceria cekal ketika menahan sakit setiap detik.

mungkin bila kita betul2 berniat nekad ingin menjadi redha, menerima dan bersyukur dengan apa2 saja ketentuanNya, maka saat itu DIA akan menguji kita sejauh mane nekadnya niat itu. Dan saat ini aku merasakan amat sukar untuk lulus ujian.

Saturday, May 21, 2011

RENUNGAN MANIS DI PAGI SABTU

" when i least think of it, that's the time when i get it, alhamdulillah"

a simple and short status on fb yet im moved!

terkesima seketika terfikirkan 27 tahun sudah bernafas di muka bumi. Sikit sangat post-mortem yang dibuat tentang peristiwa kehidupan. Kalau diteliti dengan kusyuk, terlalu banyak selitan pengajaran yang sepatutnya dijadikan koleksi pengalaman yang berguna. Sampaikan kita tidak sepatutnya merungut atau mengeluh. Yang perlu ada cuma bersyukur...(owh sukar2..)

Tak tahula kalau ade lagi yang sukar nak percaya bahawa "selepas kesulitan ada kesenangan..selepas kesenangan ada kesulitan"


Ini antara satu contoh : di saat saya sepenuhnya redha dan tak lagi mengharapkan apa2.. Allah berikan saya rezeki yang tidak disangka2... dan terlalu banyak lagi untuk saya senaraikan.


Hati adalah seketul daging yang menentukan sama ada kita adalah hamba yang baik atau tidak. Kita sering menyangka, keseluruhan badan kita adalah milik kita dan kita yang boleh mengawalnya. Kadang2 di saat aku sangat tertekan atau kecewa, untuk memujuk hati, aku berkata :

" aku perlu kuat! aku boleh buat! aku pernah mengalami keadaan yang lebih buruk sebelum ini. Hati ini milik aku, jadi aku yang menentukan sama ada hendak bersedih atau tidak"


Bila bisikan hati itu tidak berhasil memujuk diri, barulah aku ke tikar sembahyang memohon agar diberi ketenangan. Kadang kala motivasi itu berhasil, maka aku yakin bahawa aku adalah seorang wanita yang kuat dan tegar. Lupa bahawa hati itu milik Tuhan, dan hanya Dia yang berhakmengawalnya.

Sekiranya segala perbuatan dan harapan hanya disandarkan pada Allah, di samping berusaha sambil mengingati janji2 Tuhan: Bukankah itu lebih baik?

****************

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(al-Insyirah: 5-6)

****************

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya...(Surah al-Mukminun: 62)

****************
"Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal belum lagi terbukti kepada Allah, orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman yang setia selain daripada Allah, RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan"(16 : surah at-Taubah)

****************

"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan ‎meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari ‎segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak ‎terlintas di hatinya dan (Ingatlah), dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, ‎maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ‎Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan ‎kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu". At Talaq: 2-3)


dan setiap kali aku mahu menulis atau berkata sesuatu yang baik, aku takut akan berniat RIAK atau MENGHARAP PUJIAN! sehingga terasa tak perlu berbuat apa2 kebaikan .. owh! mainan syaitan! moga Allah membuka hati kita ke jalan keikhlasan.

SEKIAN

Wednesday, May 11, 2011

APA KERETA IDAMAN ANDA?


" kire mmg bestla bang, bile kite ride tu pakai smart..org pandang kite..mcm..mmg bestla bang. kire ade stail "


tah ape pasal rase irritated pulak dengan ayat budak ni. Emosi tgk 360 cerite tentang basikal fixie. Padahal dah 4 thn dok sekeliling bdk2 15-17 tahun. Kurang tumbesaran bile asyik nak faham situasi remaje.


1 masa dulu, basikal jadi kenderaan wajib tahu kayuh bagi kami bdk2 kg tualang sekah. Sekarang bdk2 kg dah takmau naik basikal dah. Dok merempit tak tentu pasal. tak stail betul. Nak cepat dewase sebelum usia. Nnt bile dah tue sibuk nak jadi remaje balik.

Jadi, mari kite hargai usia semasa semaksimum mungkin.


Sunday, May 8, 2011

MENGIDAM

Ha.. tak lain tak bukan mula pikir aku mengandungla tu..standard pikiran rakyat Malaysia hehe belum lagi..belum lagi.. kalau dah ade nnt akan disertakan alamat rumah supaya anda2 boleh hantar hadiah tanda sokongan dan tahniah! harga hadiah mesti lebih RM50.

***********************

Entah aku banyak makan semut ke ape 2, 3 menjak ni. Rasenye kepale ikan dah lame tak jamah. Bukan pasal pantang, tapi setakat kepale ikan kembung masak kari, kucing aje yang rase berahi. uishh rindu nak balik kampung makan sup ikan merah mahal dengan sambal kicap enak. cepatlah cuti sekolah!


NAK! NAK! NAK!

Aku syak ni budak2 5SC1 asyik hulur asam waktu belajar Bio, taktik untuk dapat markah kesian. Tak sedar diri betul bdk2 nak SPM ni. ade pulak asam jadi makanan ruji.

Wehhhh
aku nak buat repot hasil bacaan sedikit tentang PBL arahan dr. Sopia. Selase ni ade temu janji istimewa dengan kaum sejenis tak sama usia. Ape ke asyik tersangkut aje ayat aku, balik2 lupe perkataan.

Esok nak pegi cari kismis! Hujung tahun boleh ambik SPM sekali lagi, paper BIO aje. pasti keluar results nnt aku jd pelajar contoh..((RIAK!)


Monday, May 2, 2011

ADAKAH ANDA PUNYA SEORANG WANITA?


JIKA YA, SILA BACA INI.

Ada satu maklukh ciptaan Tuhan, khalifah di muka bumi, namanya manusia. Dan manusia ini diciptakan dalam 2 jenis jantina. Salah satunya ialah wanita.

Wanita memang aneh. Sifatnya agak sukar difahami dengan logik akal. Kadang2 tak semena2 die rasa sedih dan mula menangis...kadang2 atas sebab yang kecil dia jadi marah2. Memang susah nak bersabar dengan wanita ni... ikut2 hati nak buat tak peduli aje..kan2?


Tapi, jika diperhatikan betul2, selepas seketika, marahnya akan diikuti dengan kemaafan. Kadang2 tak perlu alasan yang jelas, senyum dan ketawanya akan buat anda bahagia. Dan kegembiraannya pasti membawa sejuta makna dalam rumah tangga.


ini adalah contoh seorang wanita. sudah lama tak jumpa wanita ini, apa khabar thesis kau? aku mula rindu thesis ku yang belum muncul2 bai.


Di sebalik kejayaan seorang lelaki, wujudnya sokongan seorang wanita. Di sebalik kegembiraan seorang wanita wujudnya seorang lelaki. Di sebalik kesedihan seorang wanita, juga pasti wujudnya seorang lelaki.

OK, hargailah wanita di sekeliling anda.


SELAMAT HARI IBU!



Friday, April 29, 2011

lam wau ya alip

Antara susu lembu dan susu kambing? mana lebih berkhasiat? bagaimana pula dengan susu soya? (baunya lebih enak) huhu

* entry sempena topik susu lembu di berita tb3. seloya2 aku, loya lagi bila tgk berita. tah hape2 cerita.

Wednesday, April 20, 2011

ENTRY BUKAN UTK DIKONGSI


Baik,

sila ajar saya bagaimana untuk bersikap hipokrit? Tahap kesabaran saya nipis. Dengan kuasa Tuhan alhamdulillah, ada banyak peristiwa yang dilimpahNYA saya dengan sikap sabar yang muncul secara tiba2.

Tetapi apabila saya menjd diri saya semula, tatkala kesabaran di tahap yang maksimum..akan muncul satu sikap keji

"I DUN CARE ANYMORE".

Dan apabila perkara itu berlaku, saya mula merasakan bahu kiri semakin berat. Yaaa..rasa berdosa itu membuatkan saya sungguh stress... seolah2 berada di tengah2 lautan dalam yang tak nampak tepian..tambahan saya langsung tidak tahu berenang!



SEMOGA TUHAN MEMAAFKAN SAYA DAN MEMANCARKAN CAHAYA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR.


Monday, April 18, 2011

KIAMAT SUDAH DEKAT!

Salam sejahtera!
Yaaa... Apa khabar dunia blogger sepanjang peninggalan ku? pastinya tiada kesan yang ketara. Populasi manusia sedunia tidak akan terjejas dengan hanya kerana seorang manusia.

"Pejam celik, dah 5 bulan aku kawen, tapi takde sapepun nak sponser percutian mewah sempena bulan madu romantis. Cisss mane pegi kawan2 sejati sejiwa??" [beb, gua harap lu baca ni dengan hati tersentuh! nnt anak lu lahir tak payah ssh2 nak carik calon menantu, gua didik kasik terbaik! tak payah jauh2 seberang laut ke Indonesia pun xpe dah! ]

ahaq, bulan madu takde ertinya kalau otak sentiase berfikir tentang kerja. Cuti sekolah sebulan pun tiada maknanya, jika tangan bergerak tanda kertas soalan dengan tulisan bakal doktor2 pakar, akal pulak sentiasa bergerak fikir macam mana nak habiskan sukatan pelajaran, mana nak buat ulangkaji, mana nak jadi kerani tiga per empat masa. Mana nak korek punca masalah disiplin pelajar makin berleluasa. Aku syak semua ni punca banyak makan makanan segera. Terlebih tenaga sampai tak boleh duduk diam. Cuba jual makanan organik lebih murah dari KFC. hah kan ke lebih berjiwa rakyat?

Dunia..dunia..dunia..

Di manapun anda berpijak, pasti anda masih berada di dunia dan menghirup Oxygen yang sama. Atau ada penemuan baru manusia boleh hidup dengan menghirup karbon monoksida? Yang pasti aku takmau jadi bahan experimen. Sudah cukup bersyukur dengan kurniaan hirupan nafas percuma. kalau Tuhan kenakan bayaran kan payah?


seronok sebenarnya jadi guru. Hidup penuh warna-warni wp risikonya tinggi. it's a silent killer job



***ramainya kawan2 yang mengalami depression dan anxiety disorder. saya sangat memahami keadaan anda, ubatnya hanya satu "ingat Tuhan, ingat Tuhan, ingat Tuhan"***


SEKIAN


Monday, April 4, 2011

CERITA TENTANG BUDAK SEKOLAH


Jam sekarang pukul 8, nnt sebelum jam 11 perlu sampai di HUKM. Semak duduk di banda raya ni, semua hal nak cepat..nanti jemla, nnt orang ramaila..appoiment pun bukan boleh pakai sangat.

**********************************
Dulu zaman remaja, zaman jadi budak belajar, selalu juga dengar perkataan2 remaja yang keluar dari mulut kawan2. Memang syiok kalau join. kalau marah, mmg boleh tunjukkan betul2 marah, kalau sedih kalau gembira semualah. InsyaAllah semua sekarang dan insaf, nampak lebih dewasa dan lebih considerable.. yelah, hidup bermasyarakat, perlu harmoni dalam berkomunikasi. lipat cantik2 semua memori perkataan dan maki hamun, simpan ketat2 dalam kotak rahsia, semoga tak dikeluarkan sehingga akhir hayat.

Dan2 bila dah dewasa nak ke tua, Tuhan bagi satu kerjaya yang sangat berkomunikasi dengan manusia terutama budak2 belajar. Wallaweh, perkataan budak2 sekarang lagi hebat. Sampai bila dengar rasa nak melempang. tangan gigil2, tahan sabar. nak2 kalau dengar budak bergaduh, kalau ada pihak yang tak menjawab dan bersabar tu, kira paling hebat sedunia dan perlu diberi watikah pelajar rasional tahap tinggi. dalam anugerah cemerlang akhir tahun. Macam2 dunia sekarang ni.

Mak selalu pesan:
" kita ni keluarga panas baran, jangan dekat2 dengan punca api kalau taknak meletup tak tentu pasal. Kalau meletup bukan selesai masalah bakar orang, tapi akan bakar diri sendiri juga. Banyak2 berzikir dan beristiqfar..kalau tak nnt dosa tak tertanggung".

2 orang penting yang perlu ditaati dan akan membawa kita ke syurga dengan izinNya [ suami dan ibu]

Tapi tuhla, kadang2 lupa dengan pesan mak, lupa juga dengan pesan suami. Pegi juga join aktiviti2 menguji diri yang tak perlu.

Dunia sekeliling sangat mencabar. Paling mencabar bila nak bersabar. bersabar di sini = menahan diri daripada sesuatu yang kita nak sangat buat., wp dah tau bende tu tak bagus. Fikir2 balik, setakat senjata guna perkataan, memang tak berbaloi, lagi kasar perkataan kita guna, lagi rendah martabat kita. Bukan dari pandangan orang, tapi dari pandangan diri sendiri kelak bila hati dah kembali tenang... Rasa macam:
" kenapala...aku buat macam tu, kalau diam dan sabar td kan lebih baik"

**************************************

Kalaula budak2 sekolah boleh baca dan faham apa yang cikgu cuba tulis ni,

"kita bukan nampak macho dan kedengaran hebat dengan maki hamun tu. Tapi martabat kita akan makin rendah, dan besar kemungkinan kita rasa selesa dan betul dengan tindakan, tambahan bila rasa tersokong sebab takde yang menegur.
(tapi kalau ditegur pun, bukan senang nak terima).

InsyaAllah bila meningkat dewasa, semua akan berubah jadi lebih rasional dalam tindakan. Kalau tak berubah2 juga, mungkin perlu perubahan persekitaran yang lebih membantu.

OWARIMASUU

Friday, April 1, 2011

SUSAH RUPANYA NAK BERSABAR DENGAN MAKI HAMUN


seronok juge rupenye kerje delete mendelete ni. tinggal 1 entry yg kalau nak buat semula otak memang berkarat dengan idea2 imaginasi. sekarang kita dah masuk fasa hidup dalam realiti huhu SELAMAT TAHUN BARU