Thursday, October 27, 2011

APA CERITA?


owh! teringin sangat nak menulis blog. Tapi tiadalah apa mahu dikongsikan secara maya. Ape lunch anda harini? makanan tengah hari saye ialah 4 ekor kerang rebus! lazat dan manis. direbus hidup2 tadi huhu ini bukan kejam tp usaha untuk mendapatkan makanan segar..



kerang ialah sumber zat besi yang baik, tetapi juge mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Jadi, berpada2lah dalam memilih sajian untuk mengenyangkan perut. Aku skrg mcm hidup untuk makan, bukan lagi makan untuk hidup. Dan hasilnya perut sebu, penat, mengantuk,berat badan berlebihan dan lebih tak best : muntah2! akibat ruangan perut yang kecil disumbat2 tanpa perlu. Jadi, ibu2 mengandung insaflah kita, kelak menyesal di kemudian hari.


Hari Raya Aidiladha tinggal 11 hari lagi, adakah anda akan melakukan ibadat korban tahun ini?

Mari kita sama2 melawan rasa takot miskin untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk berkorban! selamat maju jaya. semoga keikhlasan terbit di hati dan ibadat korban kita pada tahun ini dinilai tinggi di sisi Tuhan.


Tuesday, October 11, 2011

BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA

I LOVE BIOLOGY!
(maaf, illustrasi ini tiada kaitan dengan tajuk)



" ADAKAH ANDA PUNYA PENYELESAIAN LAIN SELAIN BERSABAR?"

entah bile dan entah dari mane aku bace ayat ni. Yang pastinye, sejak hari itu ia tersemat di kalbu! Chewahh, baru balik post-mortem trials SPM lah katekan.. cikgu jujur dan amanah macam i, stail bentang tiada 'cover'2 ayat. Katakan yang benar walaupun pahit.


Kepada ibu bapa, dan bakal2 ibu bapa. Walaupun belum bergelar ibu, tapi pasti dan wajiblah tahu betapa sukarnye nak mendidik anak2 dan memastikan anak2 mempunyai kesedaran kendiri. Kejayaan yang walhal kelak untuk diri sendiri, tapi kite pulak yang seakan2 merayu agar mereka berfikir tentang masa depan.

Hah! percaye atau tak, kalau anak itu tahu nilai agama, automatis die akan tau nilai keduniaan juge. Kalau asas didikan dari rumah agak goyah, masakan mampu cikgu kat sekolah nak didik bagi berubah. Ye tak?


Jadi, marilah kite bersame2 kite bergembleng tenaga agar Malaysia kelak terus bergelar negara merdeka. Dengan keadaan negara sekarang, cuba bayangkan Malaysia 20 tahun akan datang? Kemajuan atau kemerosotan yang anda bayangkan?

Owhhh, i bukan berdoa.

Tapi percayalah pelajar yang 20 tahun dulu cuma pangkat 1 SPM dengan agregat 22, mungkin sebenarnya lebih berkualiti dari pelajar yang straight A+ sekarang.

Betul tak cikgu2?

:: Persoalannya cuma ::

"adakah anda mahu mengakui kebenaran dan memperbaiki keadaan atau menyembunyikan kelemahan dan terus dibelenggu kemegahan?"



kurangkan isu politik, dan lihatlah keperluan sistem pendidikan secara telus.anda akan dapati ketelusan dokumentasi yang terbentang di hadapan anda hanyalah ilusi semata2.



BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA


Wednesday, September 14, 2011

SELAMAT MALAM SAYANG

Adakah sering tak cukup nafas itu normal bg ibu buyung mencecah 5 bln? Atau mungkin sb jangkitan pada tekak yang membawa kepada penghasilan mukus berwarna dan rongga hidung menjadi hanya separa terbuka?

Hahahaha bukan boleh ade sikit ilmu. Mula riak buat hipotesis lagak pakar perubatan. Mungkin ini sebab kenapa sesetengah doktor jelik berhadapan dengan pesakit bergelar guru. Apapun SELAMAT MAJU jaya kepada pelajar2 mangsa SPM calon daerah GOMBAK yang bakal bertemu janji dengan kertas BIOLOGI minggu hadapan.

Silelah berlagak pakar supaya anda lebih menikmati detik2 peperiksaan. dan semoga menjadi mangsa yang terselamat!



SELAMAT MALAM!





Saturday, September 10, 2011

BILA PERUT SENTIASA BERANGIN

duduk sorang malam2 mcm ni, wp rumah katogeri tak besau, tp tah ape ajelah bunyi2 yang muncul menjadi halwa telinga tanpa diundang. Ciss mase ni pulak la angin dari luar nak berebut2 masuk. sedangkan pintu tertutup rapat, jadilah bunyi macam mengaum2 dari celah2 lubang udara.

Nah, layan ~





ssh dan sekse juge rupenye membawa parasit yg comel. doktor kate baby dlm kndngn adalh parasit yg diamanahkn. ok, aku sudah paham apa itu syorrga di bwh tapak kaki ibu!


adakah anda punya penyelesaian lain selain SABAR? mari jalani kehidupan ari ini, dan kurangkn kerisauan tentang hari esok, dan esok, dan esok dan esok nnt.