jam 3.41 pagi.
menunggu 'Izzah bangun. tapi tak meragam pulak die mlm ni. Mata aku pulak yang meragam takmau tido. Bayi patut meyusu 2 jam sekali utk elakkan kuning. tp hrni dia agak malas menyusu. satu rumah dah risau. Moga Tuhan memberikan kesihatan yang secukupnya untuk bayi kami membesar dengan sempurna, insyaAllah
..24 Januari 2012..
Lebih kurang jam 1200
Dengan mata terpejam dan tenaga yang hampir kehabisan, aku memohon pada Allah agar kesakitan yang seperti tiada penghujungnya itu berakhir dengan segera. Tiba2 aku jd sangat penakut untuk melihat suasana sekeliling dan memandang semua yang hadir menunggu kelahiran Nurul 'Izzah bt Mohd Zaid. Cuba sebaik mungkin untuk fokus pada arahan doktor tapi percayalah saat2 genting seperti itu, amat sukar untuk mempraktikkan apa sahaja teori yang anda pelajari untuk menghadapi saat2 melahirkan. Cuma yang tinggal hanya bantuan Tuhan dan semangat orang2 tersayang yang disalurkan menjadi kekuatan untuk terus bertahan dan berusaha.
Apapun, sangat bersyukur dan berterima kasih yang tiada penghujungnya dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana untuk kehidupan duniawi ini aku dikurniakan seorang ibu dan seorang suami yang sangat hebat, memahami, pendorong semangat yang tiada tolak bandingnya. ( ahh sebak pulak tengok cikgu zaid yang tengah tido nyenyak mirip2 anak yang baru berusia 3hari. 10q sayang, i love so much more than u think i do)
Dan semoga Allah mengurniakan aku kesihatan yang mantap dengan segera, rasa sangat tak best tgk suami dan ibu yang kepenatan dan kelesuan membantu aku menguruskan kehidupan sekarang.
Jika mahu dihitung dengan angka, terlalu banyak permintaan kita pada Allah. Tapi jika tidak meminta pada-Nya, nak minta pada siapa lagi. kan?
Jadi mari sama2 kita bersyukur setiap ketika dengan apa saja kurnia-Nya. sama ada kurniaan yang kita rasa mennyenangkan kehidupan mahupun kurniaan yang kadang kala kita fikir menyukarkan perjalanan hidup. Kerana setiap yang berlaku punya hikmah tersendiri dan bersangka baik dengan takdir Allah itu adalah sebaik-baik jalan penyelesaian yang mendatangkan ketenangan dan redha dalam jiwa.
** potret anak kami tidak apat kami paparkan buat ms terdekat, jadi maaf pada yang ingin melihat ;), doa kalian untuk kami sekeluarga amat kami hargai dan semoga Allah memberi ganjaran yang lebih berlipat ganda buat semua,
menunggu 'Izzah bangun. tapi tak meragam pulak die mlm ni. Mata aku pulak yang meragam takmau tido. Bayi patut meyusu 2 jam sekali utk elakkan kuning. tp hrni dia agak malas menyusu. satu rumah dah risau. Moga Tuhan memberikan kesihatan yang secukupnya untuk bayi kami membesar dengan sempurna, insyaAllah
..24 Januari 2012..
Lebih kurang jam 1200
Dengan mata terpejam dan tenaga yang hampir kehabisan, aku memohon pada Allah agar kesakitan yang seperti tiada penghujungnya itu berakhir dengan segera. Tiba2 aku jd sangat penakut untuk melihat suasana sekeliling dan memandang semua yang hadir menunggu kelahiran Nurul 'Izzah bt Mohd Zaid. Cuba sebaik mungkin untuk fokus pada arahan doktor tapi percayalah saat2 genting seperti itu, amat sukar untuk mempraktikkan apa sahaja teori yang anda pelajari untuk menghadapi saat2 melahirkan. Cuma yang tinggal hanya bantuan Tuhan dan semangat orang2 tersayang yang disalurkan menjadi kekuatan untuk terus bertahan dan berusaha.
***************************
OK, aku tak pandai mengarang sinopsis peristiwa, walaupun dalam hati terlalu ingin merakamkan setiap detik yang berlaku bermula 12 tengah mlm 23 Januari hingga 12.58 tengah hari 24 Januari 2012. Enak juga jika jalan cerita dibaca 'Izzah satu hari nnt. Mungkin boleh menjadi suntikan semangat ketika dia melalui saat yang sama kelak dan lebih baik juga jika Allah terbitkan rasa kesyukuran dalam dirinya dilahirkan di dunia dengan susah payah dan sabungan nyawa.Apapun, sangat bersyukur dan berterima kasih yang tiada penghujungnya dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana untuk kehidupan duniawi ini aku dikurniakan seorang ibu dan seorang suami yang sangat hebat, memahami, pendorong semangat yang tiada tolak bandingnya. ( ahh sebak pulak tengok cikgu zaid yang tengah tido nyenyak mirip2 anak yang baru berusia 3hari. 10q sayang, i love so much more than u think i do)