Hari ni Izzah 31 hari! Anak kami sudah besar, semoga kelak jadi hamba yang sentiasa ingat Allah dan Rasul-Nya. Itu doa aku dari awai mengandung. Bila dah dewasa/tua baru nak mula didik hati ingat Allah dan bergantung sepenuhnya pada-Nya, memang payah dan banyak ranjau. Macam aku! Huhu dan semoga izzah mewarisi sikap yang baik2 dari ummi dan ayah, yang buruk2 tu mintak dijauhkan…
Kadang2 bila duduk menulis blog, update status kat fb, aku rase aneh. Tapi esok2nya buat juga. Kenapela kite tulis luahan rasa di alam maya? Nak suruh orang baca? Ade ke orang baca blog atau skodeng fb aku? Haha rasa macam buat benda yang sia2. Then kalau orang bc after tu ape aku dapat? Lebih baik kalau solat dan tadah tangan mintak dan mengadu pada Allah. Kalau nak diikutkan, memang banyak benda yang aku buat tanpa alasan dan sebab yang perlu. Semoga semua tindak tanduk kita tergolong dalam status sunat (buat dapat pahala, tak buat rugi) harus (tak berdosa tp takdak pahala) dan tak terbabas ke status haram.
Ok, sekarang aku nak tulis luahan rasa!
Apa pendapat anda tentang tekanan? Adakah anda pandang ringan pada penyakit yang dinamakan tekanan? Atau anda sering memperleceh orang yang mengalami tekanan? Pernahkan anda mengalami tekanan?
Kalau sebut dalam bahasa Melayu, bunyinye macam biasa2 saja, tp kalau search depression anda akan dapati masalah ini bukan masalah remeh dan main2. Biasanya tekanan ni datang dari perkara/orang yang paling kita ambil berat. Kalau tak ambil berat die akan berbunyi begini “apa aku kesah??”
Contohnya, kalau anda tertekan dengan kerja, ia kerana anda ambil berat tentang tugasan tersebut. Kalau tak ambil berat takdela kesah sangat pun. Ape nak jd, jadilah. Kalau anda tertekan dengan sahabat anda, itu kerana anda ambil berat tentang sahabat tersebut. Kalau ct nurhaliza tak layan korang, ade korang kesah? Tak kesah punya. Ape kaitan ct dengan kehidupan kita. Tak membawa hasil. Hehe
Oklah, mengarut. Itu saja luahan rasa
SEKIAN

