Jam sekarang pukul 8, nnt sebelum jam 11 perlu sampai di HUKM. Semak duduk di banda raya ni, semua hal nak cepat..nanti jemla, nnt orang ramaila..appoiment pun bukan boleh pakai sangat.
**********************************
Dulu zaman remaja, zaman jadi budak belajar, selalu juga dengar perkataan2 remaja yang keluar dari mulut kawan2. Memang syiok kalau join. kalau marah, mmg boleh tunjukkan betul2 marah, kalau sedih kalau gembira semualah. InsyaAllah semua sekarang dan insaf, nampak lebih dewasa dan lebih considerable.. yelah, hidup bermasyarakat, perlu harmoni dalam berkomunikasi. lipat cantik2 semua memori perkataan dan maki hamun, simpan ketat2 dalam kotak rahsia, semoga tak dikeluarkan sehingga akhir hayat.
Dan2 bila dah dewasa nak ke tua, Tuhan bagi satu kerjaya yang sangat berkomunikasi dengan manusia terutama budak2 belajar. Wallaweh, perkataan budak2 sekarang lagi hebat. Sampai bila dengar rasa nak melempang. tangan gigil2, tahan sabar. nak2 kalau dengar budak bergaduh, kalau ada pihak yang tak menjawab dan bersabar tu, kira paling hebat sedunia dan perlu diberi watikah pelajar rasional tahap tinggi. dalam anugerah cemerlang akhir tahun. Macam2 dunia sekarang ni.
Mak selalu pesan:
" kita ni keluarga panas baran, jangan dekat2 dengan punca api kalau taknak meletup tak tentu pasal. Kalau meletup bukan selesai masalah bakar orang, tapi akan bakar diri sendiri juga. Banyak2 berzikir dan beristiqfar..kalau tak nnt dosa tak tertanggung".
2 orang penting yang perlu ditaati dan akan membawa kita ke syurga dengan izinNya [ suami dan ibu] Tapi tuhla, kadang2 lupa dengan pesan mak, lupa juga dengan pesan suami. Pegi juga join aktiviti2 menguji diri yang tak perlu.
Dunia sekeliling sangat mencabar. Paling mencabar bila nak bersabar. bersabar di sini = menahan diri daripada sesuatu yang kita nak sangat buat., wp dah tau bende tu tak bagus. Fikir2 balik, setakat senjata guna perkataan, memang tak berbaloi, lagi kasar perkataan kita guna, lagi rendah martabat kita. Bukan dari pandangan orang, tapi dari pandangan diri sendiri kelak bila hati dah kembali tenang... Rasa macam:
" kenapala...aku buat macam tu, kalau diam dan sabar td kan lebih baik"
**************************************
Kalaula budak2 sekolah boleh baca dan faham apa yang cikgu cuba tulis ni,
"kita bukan nampak macho dan kedengaran hebat dengan maki hamun tu. Tapi martabat kita akan makin rendah, dan besar kemungkinan kita rasa selesa dan betul dengan tindakan, tambahan bila rasa tersokong sebab takde yang menegur. (tapi kalau ditegur pun, bukan senang nak terima).
InsyaAllah bila meningkat dewasa, semua akan berubah jadi lebih rasional dalam tindakan. Kalau tak berubah2 juga, mungkin perlu perubahan persekitaran yang lebih membantu.
OWARIMASUU