Monday, May 30, 2011

PAGI2 DAH BUKAK BLOG

Selamat Pagi Rakyat Malaysia
Cuti sekolah telah bermula!

Ya apa khabar semua?
Hari ini last aku bekerja sebelum mula bercuti.
Ahh dimaafkan kerana curik 1 hari saja cuti ckgu


musim cuti pertengahan tahun adalah saat bahagia pelajar2 sekolah. Masa untuk menonton kartun bagi anak2 sekolah rendah. Masa untuk bertusyen smbl berpeleseran selepas tusyen bg adik2 sekolah menengah. Ah Aiseyy bahagia anak2 murid aku, terlupa cikgu nak bagi kerja rumah. bukak sekolah nnt ckgu hidangkan markah2 bahagia kamu semua...jadi bergumbiralah sekarang! hah! juga nnt mula sesi persekolahan bersedialah untuk muntah dengan fakta Biologi. Exam dah tak lama lagi, silibus perlu ditelan segera.

curik gambar di sini --> http://abgjas.blogspot.com/2006/12/cuti-sekolah-datang-lagi.html

ckgu2
,

SELAMAT MENANDA KERTAS PERIKSA
SELAMAT MENANDA KERJA KURSUS
SELAMAT MEMASAK MAKAN PAGI

SELAMAT PULANG MENJENGAH AYAH BONDA
(jangan lupa bawak sekali kertas periksa, nnt malam ahad 11hb menangis tak berlagu)




** sebut cuti aje dah suke, biar banyak kerje pun. holiday is holiday kate PK HEM aku. mmg cool, pandai menaikkan mood orang bawahan. Inilah pemimpin yang kite carik! (hihi)


OK, TATA
CKGU NAK PERGI KERJA


OWARIMASUU


Thursday, May 26, 2011

MUNGKINKAH HINGGA HUJUNG USIA

"and teach me again how to be a thankful person"

cuaca dunia panas hujan yang tak menentu ni mungkinkah jd sebab aku sentiase rase lesu penat dan sakit pinggang menjadi2 2/3 minggu ni? Panas yang mengakibatkan kedahagaan melampau. bile minum pun melampau2, pundi kencing menampung byk air dan mula menekan disc mungkin. dan menyebabkan sakit juge.

smpkan hari2 akan ade orang tanye aku "tak sihat ekh?"

ah, rase sangat tak bersyukur pulak sb tak berjaya mempamerkan muka biase ceria cekal ketika menahan sakit setiap detik.

mungkin bila kita betul2 berniat nekad ingin menjadi redha, menerima dan bersyukur dengan apa2 saja ketentuanNya, maka saat itu DIA akan menguji kita sejauh mane nekadnya niat itu. Dan saat ini aku merasakan amat sukar untuk lulus ujian.

Saturday, May 21, 2011

RENUNGAN MANIS DI PAGI SABTU

" when i least think of it, that's the time when i get it, alhamdulillah"

a simple and short status on fb yet im moved!

terkesima seketika terfikirkan 27 tahun sudah bernafas di muka bumi. Sikit sangat post-mortem yang dibuat tentang peristiwa kehidupan. Kalau diteliti dengan kusyuk, terlalu banyak selitan pengajaran yang sepatutnya dijadikan koleksi pengalaman yang berguna. Sampaikan kita tidak sepatutnya merungut atau mengeluh. Yang perlu ada cuma bersyukur...(owh sukar2..)

Tak tahula kalau ade lagi yang sukar nak percaya bahawa "selepas kesulitan ada kesenangan..selepas kesenangan ada kesulitan"


Ini antara satu contoh : di saat saya sepenuhnya redha dan tak lagi mengharapkan apa2.. Allah berikan saya rezeki yang tidak disangka2... dan terlalu banyak lagi untuk saya senaraikan.


Hati adalah seketul daging yang menentukan sama ada kita adalah hamba yang baik atau tidak. Kita sering menyangka, keseluruhan badan kita adalah milik kita dan kita yang boleh mengawalnya. Kadang2 di saat aku sangat tertekan atau kecewa, untuk memujuk hati, aku berkata :

" aku perlu kuat! aku boleh buat! aku pernah mengalami keadaan yang lebih buruk sebelum ini. Hati ini milik aku, jadi aku yang menentukan sama ada hendak bersedih atau tidak"


Bila bisikan hati itu tidak berhasil memujuk diri, barulah aku ke tikar sembahyang memohon agar diberi ketenangan. Kadang kala motivasi itu berhasil, maka aku yakin bahawa aku adalah seorang wanita yang kuat dan tegar. Lupa bahawa hati itu milik Tuhan, dan hanya Dia yang berhakmengawalnya.

Sekiranya segala perbuatan dan harapan hanya disandarkan pada Allah, di samping berusaha sambil mengingati janji2 Tuhan: Bukankah itu lebih baik?

****************

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(al-Insyirah: 5-6)

****************

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya...(Surah al-Mukminun: 62)

****************
"Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal belum lagi terbukti kepada Allah, orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman yang setia selain daripada Allah, RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan"(16 : surah at-Taubah)

****************

"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan ‎meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari ‎segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak ‎terlintas di hatinya dan (Ingatlah), dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, ‎maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ‎Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan ‎kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu". At Talaq: 2-3)


dan setiap kali aku mahu menulis atau berkata sesuatu yang baik, aku takut akan berniat RIAK atau MENGHARAP PUJIAN! sehingga terasa tak perlu berbuat apa2 kebaikan .. owh! mainan syaitan! moga Allah membuka hati kita ke jalan keikhlasan.

SEKIAN

Wednesday, May 11, 2011

APA KERETA IDAMAN ANDA?


" kire mmg bestla bang, bile kite ride tu pakai smart..org pandang kite..mcm..mmg bestla bang. kire ade stail "


tah ape pasal rase irritated pulak dengan ayat budak ni. Emosi tgk 360 cerite tentang basikal fixie. Padahal dah 4 thn dok sekeliling bdk2 15-17 tahun. Kurang tumbesaran bile asyik nak faham situasi remaje.


1 masa dulu, basikal jadi kenderaan wajib tahu kayuh bagi kami bdk2 kg tualang sekah. Sekarang bdk2 kg dah takmau naik basikal dah. Dok merempit tak tentu pasal. tak stail betul. Nak cepat dewase sebelum usia. Nnt bile dah tue sibuk nak jadi remaje balik.

Jadi, mari kite hargai usia semasa semaksimum mungkin.