Friday, December 30, 2011

WHY?

` entah korang faham ke tak, ape isi penting entry ni sebenarnye`

************

Tiba2 terfikir, kenapa aku mesti ada blog sedangkan aku takde twitter?? (haha perlukah persoalan sebegini di pagi Jumaat terakhir 2011?)

Ahah, tahun 2011 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Rasa macam baru semalam keluar dewan paper Biologi (last) SPM 2001. Dulu ialah si manis-17, sekarang umur dah hampir mencecah 30 tahun. Sudah tua.

Sudah bakal bertukar status. sudah bakal ada tanggungjawab dan amanah berat.

Daripada menuntut syurga di bawah tapak kaki ibu kepada syurga di bawah tapak kaki suami dan bakal kepada ' anak, sila tengok ada syurga di bawah kaki ibu' pulak.


Semalam tengok tentang Dhia episod akhir, kunun2 follow story, padahal cuma tgk 2 episod pertama dan 4 episod akhir haha tak payah risau, sgt arif dgn jalan cerita drama Melayu setakat tggl 10-20 episod masih boleh faham plot. Tapi ada
1 benda penting yang aku belajar dan ingin kongsi di sini dalam babak akhir bila Dhia cakap


"DHIA TAHU SIAPA YANG BETUL2 SAYANGKAN DIA SEKARANG"
(lebih kurang macam nila kot dialognye)


~

" bila anda nak pergi interview, dalam keadaan yang sangat tak bersedia, mesti anda rase takut kan?...bila anda dipanggil mengadap BOS, kerana anda buat salah, pasti anda rasa gelisah kan?"

after watching the drama yesterday. i suddenly hugged my husband and said "TAKOT!" kemudian terus bangun pergi solat maghrib.

"kenapa aku selalu takut mati? sebab aku tahu aku tak jaga Hablummin-Allah dengan sempurna"

titik noktah.

Tuesday, December 13, 2011

ENTRY BAHASA REMAJA-REMAJI


Shotttt, Takut dowh nak beranak. member2 yang mengandung ala2 sama time dah ade yg besalin dan ade yg bertande2 nak besalin. yang menunggu hari pun ramai. Aku ade lagi 8 minggu. Lame lagi kot... tapi cuaknye, mak aiiii... sakit kot!

Nak2 dapat doc tak senyum2 seres aje.. alamak aiii, bikin sakit lagi mencucuk2 gituu.. kalau korang, korang takut tak? aku sumpah takot! Tapi nak taknak kene lalui juga.

OK! rase nak muntah pulak jadi remaje. huduh gler pertuturan padahal ms zaman2 remaje dulu rase sgt coolest lah berbahasa SANTAI gituu..kununnye.

Baik! doakan ckgu aida selamat berbayi. wp lambat lagi. Semoga dia ingat ALLAH selalu..dan semoga kesakitan yang bakal dilalui menghapuskan dosa2nya yang tak terhitung. Dan semoga die tidak merungut dan mengeluh malah semakin tinggi bergantung harap pada Allah yang Maha mempermudahkan urusan kehidupannya selama ini. dan semoga dia dan bayinya selamat melihat dunia yang penuh pancaroba.

SEBENARBYE, AKU SERAM SB DOC TD TAK FRIENDLY
huhuh



Friday, December 2, 2011

IKAN GORENG

Jam sudah pukul 1.20 petang. Aku belum mandi tengah hari, maksudnye pagi2 subuh td dah mandi (huhu) sekejap lagi encik suami balik solat dgn muka penuh beriman. aku jua masih di posisi sama.


Ahhh terase amat keji kerana beremosi. Sedangkan ada lagi sebulan sebelum sesi persekolahan bermula. Kau orang mesti mmg sedia ada tahu, aku manusia yang fanatik Biologi... aiseyman, tapi tahun depan aku menyahut seruan kerajaan bercuti 3 bln utk mengasuh bayi. itu menjadikan aku tidak layak utk mengajar subjek2 penting dan kelas2 harapan.

Keji tak bila aku rase sedih sb tak mengaja Biologi bagi kelas2 yang biasa diajar? keji tak jgk, bile aku rs sungguh frust bila aja kelas2 belakang. Memang keji sb mana2 kelas pun pelajar juga... Tiba2 aku rasa hati aku tak berapa suci. Padahal sebelum ni, jangkaan dalam 70% niat ikhlas tu mungkin ada. Tapi bila kena ujian jiwa mcm ni, baru tahu rupanya banyak titik hitam..owh!


one of the greatest enjoyment being a teacher is when your students ask you questions. Questions that make u stunt and then start to think and think and think. so lively... and most of the time, GOD guide me to the answer, there i learned "NIAT YANG BAIK, AKAN DIBANTU".

So tahun hadapan, my challenge is how to trigger the student to ask questions. And u know what? that part is super difficult.

SEKIAN

Friday, November 4, 2011

AHH, TIBA2 AKU EMOSI

Really miss my time being in college 1997 - 2001! it's been 10 years since then.



kertas terakhir yang kami duduki ketika SPM 2001 adalah kertas 2 Biologi yang diajar oleh Mr. Tan Hock Ann. Sumber inspirasi awal yang mencambahkan minat terhadap subjek. Bukan kerana cara pengajaran atau kandungan silabus subjek yang menarik, tapi hanya kerana kesabaran dan baik sangkanya pada kami, membuatkan aku terharu. Sejak itu, Biologi menjadi satu2nya subjek Sains Tulen yang tidak ku benci dan terselit antara subjek2 sastera yang menjadi pojaan hatiku. yeahhhh


Sebenarnya, aku cuma nak kate, "aku rindu akan udara segar dan kabus yang menyelubungi atmosfera kolej tunku kurshiah tatkala hujan lebat sidang. suasana "silent hours", kemeriahan waktu riadah petang ketika musim hari sukan, situasi masa terhenti ketika doa makan dibacakan dari corong pembesar suara dewan makan, kesibukan ketika musim ED, panorama maghrib di surau, solat terawikh 2001, malam awal Muharram yang sering menerbitkan bau harum dan suasana sejuk dan segar dalam surau. i even miss the kekecohan musim histeria waktu kami pelajar tingkatan lima sedang sibuk dengan persediaan SPM. i miss every single thing being a TKC student.


and I THANKS ALLAH so much for choosen me to be once a student of TKC and i'll always proud to be one.



"Keep College Flag Flying High"