Saturday, March 17, 2012

MELANKOLIK


Aku insan yang sangat bertuah. Beragama Islam sejak lahir. Walaupun iman sering turun naik, tak tentu masa dan mungkin skala turun lebih tinggi dari skala naik.. Tapi aku sangat percaya, manusia hidup 100% bergantung pada ketentuan Allah. Kita diberi akal untuk berfikir, membezakan dan memilih antara baik atau buruk. Diberi khudrat untuk berusaha. Namun di akhirnya, keputusan dan kejadian ditentukan oleh-Nya..tiadalah mampu untuk kita mengubah atau menolak setiap takdir yang telah ditetapkan.

OK, mukadimah panjang lebo, semoge aku sentiase beringat2.

**************************

Kalau tak salah, kami mula kenal gitu2 lebih kurang pertengahan tahun 2004. Bercinta ala remaje dengan status boipren gepren yang langsung takde disarankan dalam Islam. Mungkin atas sebab itu kami berjauhan selama 3 tahun. Bila dikenangkan balik, masa 3 tahun tu cukup untuk aku faham situasi dan erti sebuah hubungan yang diredhai. Alhamdulillah, saat takdir menemukan kami semula lebih kurang pertengahan tahun 2010, kami lebih menghargai antara satu sama lain.

Hah, Bukan rentetan cerita lama yang nak disingkap di sini. Cuma ingin dikongsi tentang betapa betuahnya aku dikurniakan satu feeling kate orang putih yang dinamakan Chenta atau lebih dikenali dengan gelaran aishiteru seperti yang dinyanyikan oleh KRU.

Cinta punya definisi yang sangat luas. Boleh jadi, hubungan anda dan i-phone anda juga atas dasar cinta. Tapi itu cinta 1 hala, kerana i-phone anda tidak punya perasaan. Ketahuilah bahawa anda hanya syiok sendiri ( aku takde i-phone, Owh!)

Bila perasaan itu wujud antara 2 jantina berbeza yang tidak punya hubungan muhrim, maka ianya mungkin boleh menimbulkan fitnah dan dosa. Seperti yang pernah aku lalui satu masa dulu.

Baiklah, akibat terlalu banyak membaca status dan gosip anak2 murid yang sibuk mencari cinta sejati. Mari cikgu kongsikan bersama tips ini. Bagaimana membezakan cinta anda berbaloi atau tidak?

Mengikut pengalaman orang muda macam cikgu, yang dikata cinta itu ialah : apabila

  • Masing-masing menginginkan kebaikan antara satu sama lain.
  • Wujudnya persefahaman antara kedua-dua belah pihak walaupun mungkin masing-masing mempunyai karekter yang berbeza.
  • ·Saling bertolak ansur dan sudi menerima pendapat

Dan yang paling penting ialah :

  • Saling melengkapi antara satu sama lain.

Tapi biasanya, dan dengan yakinnya..benda2 macam ni susah nak dipastikan kalau bukan selepas ikatan yang sah dan duduk sebumbung, serta berkongsi kehidupan. Entahla nak cakap macam mane, tapi bercinta secara berlebih-lebihan sebelum berkahwin adalah satu tindakan yg amat tidak disarankan.

Susah jugak nak buat di zaman millennium ni. Semua orang berpusu-pusu mencari chenta. Aku tengok bdk2 tingkatan 1 pun dah ade pasangan dengan panggilan papa mama. Aduhai, nnt bile dah kawen panggillah suami anda itu dengan panggilan papa serupe dengan panggilan boipren zaman dulu2. Kalau aku di tempat suami, amatlah rase kecik ati haha sangat keanak-anakan . tapi aku rase sangat logic. Kan? Kan?


Oklah, banyak merapu. Niat asal hanya untuk berkongsi rasa kesyukuran yang datang tiba2 bile encik husband balik kl meninggalkan kami anak beranak di kg.


“ saye rasa sangat bersyukur bila Allah jodohkan awak sebagai suami saye. Dengan itu, rasa chenta dalam hati yang bercambah sejak 2004 daripada tak mendatangkan faedah (owh! atau mungkin dosa?) telah bertukar menjadi pahala yang berlipat2 gande sejak 3 disember 2010, SUBHANALLAH..sesungguhnya takdir Allah itu sangat beradun”


Sekian, ini bukan cerita dongeng..

2 RESPON:

Farah Haida said...

i'm happy for you, dear ^_^

mezurashi said...

10q farah! happy for u too!